Harini aku nak puji makanan di kafe kolej aku iaitu Kafe Serumpun. Serumpun tu bersempena gabungan 2 kolej iaitu Kolej 12 & Kolej 14. Sejak minggu lepas, aku straight makan makanan di kafe aku. Rasanya tekak aku dah boleh menerima makanan kat sini. Tetapi!!! Hanya masakan Melayu.

Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan gerai di kafe Serumpun ni tukang masak dia orang Indonesia. Jadi, cita rasa dia berlainan sikit dengan masakan Melayu. Aku rasa kat Serdang ni banyak orang Indonesia la. Gerai luar pun macam tu. Hmm

Jadi, gerai A5 dan A8 ni tukang masak dia Melayu, aku selalu beli kat situ je. Sedap!!! Sebelum ni main hentam je beli kat mana-mana gerai. Selalu bibir mencebik tengok menu sama. Aku jemu lah berlaukkan ayam!!! Buat la seafood jugak. Aku nak sotong. Mana sotong? Sambal sotong ke..kat sini memang takde..aku pun jarang makan tengahari disini. Selalunya aku makan petang & malam sekaligus. Sebab kat kafe ji siang dan malam tukar shift gerai. Malam ada orang Melayu. Hahaha. Aku bukan rasis tau. Aku cuma nak masakan Melayu. Rindu masakan Melayu. Faham tak apa aku rasa? Faham kan..terima kasih :)

Makanan kat kafe Serumpun sedap berbanding yang lain macam PFC, One Putra dll. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab ada satu hari tu aku dalam perjalanan balik ke kolej, dalam bas. Ada pelajar dari k10 naik bas Serumpun. Dia kata nak makan kat kafe Serumpun sebab sedap. Aku macam..wahh bangga dan bertuahnya aku duduk sini. Hahaha. Kolej lain selai datang lepak kafe Serumpun ni. Memang tak dinafikan makanan sedap, murah pulak tu! Kadang aku rasa nak marah mereka balik sebab suruh aku bayar harga yang aku rasa patut mahal. Kalian rasa kau tolak rezeki ke apa? Hahahah. Tapi betul. Aku niat nak tolong peniaga-peniaga ni tapi mereka balik mudahkan pelajar. Moga rezeki kalian semakin luas. Aamiin.

Kesimpulannya, bagi mereka yang tak pernah makan di kafe Serumpun UPM marilah datang mencuba. Sedap, murah, berbaloi. Dan untuk pelajar akan datang jangan risau bab makan. Murah je kat sini. Kalau takde duit pun, ada program agihan makanan tiap minggu. Baik kan UPM ni. Hahh jom masuk UPM! Jumpa nanti tegur-tegurlah ye! ;)
#WeLoveUPM


17 Disember 2019
p/s : Ada berita buruk mengenai kafeteria Serumpun. Nanti saya update yang baru :(https://bukudiariaidashari.blogspot.com/

Ulasan